Salam 'alaik semua...
Kalau nak tahu saya lahir awal sangat-sangat. Pada 17 Julai 2005 @ 11 Jamadil akhir 1426. 7 bulan saya dah keluar dah, masa tu urat-urat darah masih jelas terpancar kat kulit saya, tangan saya tak pandai genggam lagi, mata pun tak sempurna lagi, 2.2kg je masa tu, kalau saya nangis atau nak qada' hajat =), muka terus jadi biru, selalu ibu ngan we saya takut kalau malam-malam nak tidur, mesti monitor saya. Banyak kenangan pahit dan manis ibu kata masa saya kecik-kecik dulu, yang paling dia ingat hari kedua lepas saya lahir still tak minum dan makan apa-apa lagi. Masa tu ibu tengah layan tetamu, tiba-tiba seluruh badan saya jadi biru, terus we bawak saya ke hospital, ibu pulak pitam sebab terlampau risau. Alhamdulillah, allah bagi umur saya panjang dan sihat sampai sekarang, alhamdulillah.
Ibu tak buat apa-apapun untuk sambut besdey saya sebab ibu kata sekali sekala kena bersyukur dan ingat kat kawan-kawan yang susah, diorang tu pun tak sambut besday lagi-lagilah kawan-kawan yang tengah dalam perang, saya berdoa mudah-mudahan mereka semua thabat dalam bersabar dan mendapat nusrah Allah taala. Tapi mak ngah dan ammu ada datang rumah saya beli kek dan makanan sikit-sikit. Tapi yang lebih suka makngah bagi hadiah saya kasut dan pencil colour, time kasih makngah, terus jadi sayang ke makngah hehehe...
Ya ibni
lahirmu kedunia hanyalah satu pinjaman
yang dimas'ulkan kepada orang tuamu
memenuhi tuntutan kalimah tauhid
tidaklah aku perlu mencukupkan kamu
sedangkan kamu telahpun dicukupkan
kelak kamu akan dewasa
mengenali dunia sebelum ke alam fana
merentasi gelombang keasyikan dunia
semenjak engkau lahir kedunia
engkau telah berundur daripadanya dan menuju ke akhirat
perkampungan akhirat yang ditujui itu
adalah lebih hampir daripada perkampungan
yang telah engkau tinggalkan
Ya ibni
akan datang kepada manusia nanti
suatu zaman yang tidak tenang mata orang alim..
di kala manusia berbangga
dengan pertuturan mereka yang indah
maka senangilah hatimu
dengan keindahan diammu
berwaspadalah daripada berdusta
dan berakhlak buruk
sesungguhnya orang berbohong akan hilang air mukanya
dan siapa yang buruk amalannya
maka banyak berdukacita
kasihilah temanmu dan teman bapamu
jangan pula kamu ghairah
untuk mengasihi orang jahil
kerana dia akan menganggap
kamu redha dengan amalannya
janganlah memandang remeh
kemarahan orang yang bijaksana
kerana kemarahan itu
menyebabkan ia berberat hati terhadapmu
Ya ibni
setiap amalan tidak dapat dilakukan
melainkan dengan keyakinan
sesiapa yang lemah keyakinannya
maka lemahlah amalannya.
apabila syaitan cuba datangkan keraguan
maka kalahkanlah ia dengan keyakinan dan nasihat
apabila syaitan cuba datangkan rasa jemu dan malas
maka kalahkan ia dengan mengingati kubur dan kiamat
Apabila syaitan cuba datangkan sifat tamak dan gementar
maka beritahunya bahawa
dunia akan dipisahkan dan ditinggalkan
sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam
ramai manusia yang tenggelam di dalamnya.
jadikanlah taqwa sebagai kapalmu,
iman sebagai penumpang
tawakkal sebagai layar,
semoga akan memperolehi kejayaan
kredit for this blog
rujuk di sini juga