Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya kerana dapat menulis kembali.Tak sangka blog picisan saya ni ada jugak yang follow, terima kasih banyak atas sokongan.Sebelum tu, maaf banyak-banyak sebab saya tak menjanjikan update yang istiqomah.Seorang adik(sahabat)di UIA secara bergurau mengatakan saya berdosa kerana menyebabkan tetamu datang ke blog ini tertunggu-tunggu update terbaru.Dia mengumpamakan seperti tetamu yang datang ke rumah seseorang tetapi tidak disambut kedatangannya kerana tuan rumah tiada.Hehe, afwan adikku,akak tidak meletakkan blog ini sebagai keutamaan tetapi sekadar persinggahan,selalu hampir tiada masa untuknya.

10 awal Zulhijjah

Walaupun hari ini sudah menjangkau 5 Zulhijjah, tetapi tidak terlambat lagi untuk kita beribadah di bulan yang mulia ini.Sedikit perkongsian artikel kelebihan sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah.Antara dalil kelebihan hari-hari di dalam bulan zulhijjah ini :

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

AMALAN YANG DIANJURKAN :

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.Hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Tidak terlambat lagi untuk kita memulakan segala ibadah yang dijanjikan pahala ini.Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan.

Huzaifah

Anak teruna saya seorang ini,banyak ceritanya.Tapi cerita yang paling hot setakat ni, ibu we bersepakat mengatakan yang Huzaifah telah diBULI di sekolah =). Mula-mula tak perasan sangat, tapi bila hari-hari balik sekolah cerita kisah yang sedih-sedih je, oh rupa-rupanya kamu dibuli ye nak...hehe. Kesian dia, cuma tak de la saya terus jumpa budak bernama Nazmi yang bertuah tu, cukup saya pesan setiap kali sebelum ke sekolah supaya jangan takut,mesti berani dan minta dia cakap ke Nazmi kalau gaduh dengan pah nanti Allah marah.Alhamdulillah setakat ni nampak macam berjaya.Sekarang macam dah jadi bestfriend pulak.Hmmm budak-budak punya style kadang-kadang kita tak faham =).


Abang pah yang manja,sbb tu sll kena buli



Di bawah ada beberapa gambar istimewa yang dekat di hati. Sengaja lekatkan di sini agar selalu dilihat dan dikenang.Gambar tak mengikut susunan, susunan yang betul dari bawah ke atas.Setakat ini dahulu untuk kali ini.Akhiran minta maaf dan terima kasih pada semua.


Kedatangan Us Hafez dan Uyun ke teratak kami,jejak kasih!



Ziarah Aisyah sekeluarga di Dungun,Terengganu



Ijtima' Tarbawi, Rusila =) =)



teristimewa bersama Us Zamri di Sijangkang =)



p/s:Sebelum terlupa, barokallu'alayki untuk adikku Humaira,kerana berjaya menggondol 5A dalam UPSR, tak pelah walaupun melayang 1/10 duit gaji kaklong,tapi kaklong bangga,hehe.Alhamdulillah.

Wednesday, September 29, 2010



بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير

Selamat Pengantin Baru buat adikku. Semoga kehidupan yang baru dibina sentiasa di bawah pantauan Nya dan moga sentiasa dianugerahkan mawaddah wa rahmahNya.

Hari ini lepas asar bertolak ke Terengganu bagi menghadiri Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Pusat peringkat kebangsaan. Mudah-mudahan Allah mudahkan perjalanan.Ameen.

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan yang tiada ruh

Hari ini 23 Ramadhan. Sudah berlalu 2/3 ramadhan.Kalaulah dibuat analogi nya, kita hampir-hampir ke garisan akhir yang akan menentukan menang atau kalah.Sudah semestinya kita sudah berangan-angan untuk menang, sambil memeluk erat piala kemenangan.Tertarik dengan artikel dari Us Hasrizal, tentang analoginya akhir ramadhan dengan masa kedua bola sepak.Amat menarik sekali.

5 hari lalu, apa yang berlaku kepada saya adalah mengecewakan.Tak tahu kenapa tahun ni amat malas dan tidak teruja untuk menikmati saat-saat Ramadhan. Malas yang amat-amat, tiada tolok bandingnya. Berbanding suamiku yang bersemangat, menikmati saat-saat ramadhan dengan perasaan rindu, maluuu amat diri ini. Terasa kerdil diri di sisi Allah taala.

Mulalah berfikir yang merapu. Kenapa ya jadi macamni? Letih sebab anak-anak ke? Kerja kat sekolah banyak ke? Cuaca panas sangat? Hehe, semua nya nak menyalahkan benda lain. Tak ingat-ingat nak muhasabah diri, benda lain yang disalahkan.

Sedang enak-enak meletakkan kesalahan pada makhluk-makhluk lain, tiba-tiba terlintas di benak saya lagu Bangau oh bangau. Ini adalah perkongsian yang menarik ketika saya menyertai program SPIES belia di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu. Part ini adalah sebahagian cara bagaimana kita nak jadi seorang yang pro aktif.

Fasi meminta salah seorang menyanyikan lagu bangau oh bangau. Maka berdendanglah kami dengan penuh semangat tanpa menghiraukan suara-suara yang buruk tune nya =)
Jom, 1,2 go...

Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul
ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x
kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x
perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x
nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x
kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

Alhamdulillah, selesai kami melagukan lagu ini fasi menerangkan, selain dari ular kesemua makhluk-makhluk lain adalah tidak bertanggungjawab, suka menyalahkan orang lain. Kurus dikatakan ikan tak mahu timbul, ikan dikatanya rumput panjang sangat dan pelbagai lagi contoh yang enak-enak menyalahkan orang lain. Mujur ada si ular yang mahu bertanggungjawab atas tindakannya. Begitulah sebenarnya orang mu'min, harus menyalahkan diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. So kesimpulannya, dengan rela hati saya mengakui dan mengatakan pada diri saya ,"semua berpunca dari saya sendiri. Saya yang malas tak mau cari ubat kepada rasa malas dan info kelebihan ramadhan...huhu"

Hari ini, alhamdulillah saya sudah boleh senyum separa lebar. Allah izinkan jua mengecapi betapa ni'matnya berada di celahan saat-saat si ramadhan. Berkat, menyanyikan lagu bangau dan oleh sebab malu teramat pada suamiku, dan semestinya dengan izin yang maha Esa, saya gagahkan semua kudrat. Mengharungi malam-malam terakhir bulan ramadhan dengan penuh dedikasi. Terima kasih Allah taala. Baik benar Allah terhadap saya. Ramadhan bakal pergi, tidak banyak, sedikit saja lagi. Jom, sama-sama memeriahkan malamnya. Kita kaut segala pahala-pahala yang di ganjarkan. Untung-untung bertemu si laila al qadr, pahala amalannya menyamai 1000 bulan. Wahhh, berbaloi-baloi.

RAMADHAN KAREEM.KULLU 'AAM WA ANTUM ILALLAHI AQRAB WA 'ALA TO'ATIHI ADWAM WA 'AN MA'SIATIHI AB'AD...

Thursday, August 26, 2010

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

Sedikit perkongsian menarik ketika membaca harakahdaily semalam.

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my

Tuesday, August 3, 2010

Palestine...tomorrow will be free!

Seminggu ini minda agak terkenangkan Palestin. Bumi barokah penuh mehnah. Isu ini tidak bermusim, akan tetapi lemahnya iman seorang yang bernama manusia, kadang-kadang kita leka mengusir realiti kehidupan mereka.

Bermula daripada terpilihnya Syafiq(adik saya)untuk ke Ghazzah, hati ini begitu teruja.Betul ke apa yang aku dengar?....macam tak percaya!! Alhamdulillah dia mengharumkan nama keluarga.Ibu bangga amat. Berbahagialah ayah di dunia sana atas pelaburannya yang menjadi, biiznillah. Anak yang soleh dan sedekah jariah yang berpanjangan. Ya, sebahagian besar duit tambang ke sana adalah duit yang ayah tinggalkan.

Kami bertungkus lumus mencari dana untuk mencukupkan perbelanjaan tambang Syafiq. Sahabat-sahabat semua saya mesejkan, mudah-mudahan setiap seorang dapat memberi sumbangan walaupun sedikit. Alfu syukrin sahabatku atas sumbangan yang diberikan, samada sumbangan duit ataupun doa. Sahabat MTS Tanah Merah, Normi, Angah Hanisah, Nuzira, terima kasih banyak-banyak, mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan mendapat ganjaran selayaknya di sisi Allah.

Anak-anak muridku yang bersemangat, terima kasih banyak-banyak.Ustazah bangga dengan semangat kamu. Terkejut sekali tengok jumlah yang terkumpul, melebihi yang dijangkakan. Bergenang air mata melihat kutipan yang di luar jangkaan.Sujud syukurku padaMu ya Allah...

Sahabat...
Sesekali bawalah jiwa kita ke sana, seakan-akan meniti lorong-lorong kusam bumi Palestin. Pastikan terlihat oleh kita, anak kecil menangis kelaparan, ibu ayahnya tiada, terbunuh di depan mata. Malamnya yang panjang, sejuk tiada perlindungan. Di sana sini bangunan roboh, besi-besi berceracak menyakitkan mata. Makanan pula ...takkan pernah cukup. Sesekali terdengan letupan bom dan dengungan mesingan menyakitkan telinga. Jika kita di situasi itu kita takkan sanggup meninggalkan sedikit harta untuk disimpan. Kita redha harta kita di beri sepenuhnya kepada mereka, mereka lebih layak mengecapi nikmat itu.

Tetapi...apa yang terjadi kita masih kita yang dulu, sombong,kedekut,selesa bersama dunia mewah kita. Seronok bergelak ketawa berhuha dengan segelas cappucicno di starbuck. Berebut-rebut, mengecapi burger terbaru, GBC di Mac D. seribu satu macam lagi barangan boikot berada di list barangan tunggu untuk dibeli.Ohh alangkah naif dan dangkalnya diri...

Sahabat, terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Sumbangan ini akan menjadi saksi di akhirat kelak, akan menjadi nilaian yang bermakna di sisi Allah kelak, syukran 'alaykum.

Thursday, July 29, 2010

Rotan

Maaf anak-anak yang sebenarnya ustazah tak pernah pun merotan orang. Nak merotan apanya, nak membebel pun tak pandai...he he. Tapi baru-baru ini ustazah ugut kamu dengan rotan. Bukan kerana ustazah saje-saje je nak merotan kamu,ataupun nak tunjuk lagak yang ustazah ni ustazah, jadi boleh buat sesuatu yang menunjukkan ustazah ni ada kuasa.Tapi ustazah rotan kamu sebab USTAZAH SAYANG KAMU. Ustazah rotan sebab prestasi kamu dah MEROSOT. Jadi kali ni sape yang tak dapat tasmi' seminggu paling minima 4 mukasurat, tadah tangan kiri ye...

Kamu generasi pintar, wajib ambil teladan akhlak Rasulullah. Rasulullah seorang yang pintar, bijak membahagi masa, berstrategi, menjadi rujukan sahabat. Kita perlu berakhlak sebegitu juga supaya menjadi ummat Rasulullah yang terang-terang mengikut sunnahnya.Asas yang mudah, semua orang pun faham..kan!

So, untuk mendapatkan 5 m/S @ paling minima 4 m/s untuk tasmi' seminggu rasanya tak membebankan. Resepinya senang saja, kena gigih berusaha. Asal ada masa kosong tu sentiasalah tengok al quran, ulang-ulang ayat yang susah, tengok maknanya, hayati tafsirannya. Jangan pulak bila masa kosong je, mulalah sorang-sorang ralit ngan novel-novel bacaan ringan. Asyiiik sangat dengan novel apa tu? Cinta Canberra? =) dan macam-macam novel lagilah. Bukan ustazah tak bagi baca, tapi kena tengok kesesuaian lah, takkan masa quran pun nak baca novel-novel ni kan...

Bagi yang susah untuk menghafaz ayat-ayat Allah ni pulak, banyak kali ustazah syorkan kamu buat tindakan-tindakan ni. Antaranya; baca satu muka surat penuh tu dengan tartil, lihat maknanya, hayati tafsirannya, kemudian ulang baca ayat-ayat tu sebanyak 20 kali dengan melihat al quran, supaya al quran tu lekat di mulut kita, kemudian senanglah untuk menghafaznya. Kemudian tasmi' lah dengan tartil dan bertajwid. Memanglah susah sikit, eh tapi ada ganjarannya tau. Cuba tengok ni...

Daripada Aisyah Radialluanh, beliau berkata Rasulullah S.A.W tlh bersabda :
"Orang yang membaca al quran sedangkan dia seorang yang mahir, maka dia akan bersama malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yang membaca al quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran"

Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

(Riwayat Tirmidzi dan katanya: Hadith Hasan)

Jadi sama-samalah kita menjadikan ayat-ayat tadi motivasi. Ustazah teringat zaman ustazah di Darul Quran dulu. Ustazah ni pun jenis susahnya ya Allah untuk ingat Quran ni. Ustazah tasmi' ustazah, adalah garang dan tegas. Setiap kali nak tasmi' mesti menggigil takut. Jadi ustazah dulu untuk mendapatkan satu mukasurat adalah amat susah.Balik kuliah terus ke surau untuk lancarkan bacaan.Bila petang selalunya ustazah skip makan. Malam pulak orang lain dah siap dapat hafaz satu maqra', ustazah baru terkial-kial menghafaz ayat pertama di satu mukasurat.Allah ! alangkah susahnya ketika itu, air mata terlalu biasa dengan kehidupan ketika itu. Pelik betul masa tu bila tengok banat lain tidur di petang hari.Dan sekarang indah untuk mengenangkannya.

Konklusinya, bila orang tidur, kita JANGAN tidur, bila orang makan,kita KURANGKAN makan, bila orang menyembang, kita JANGAN join! Tengok ni pesanan kepada hamlatul quran:

"Sepatutnya pembawa al-quran dikenali sebagai seorang yang menghidupkan malamnya ketika manusia lain sedang dibuai mimpi. Dikenali orang yang berpuasa di siang hari ketika orang lain tidak berpuasa. Dikenali sebagai oran yang sedih ketika orang lain bergembira. Dikenali dengan tangisannya ketika orang lain ketawa. Dikenali dengan diamnya ketika orang lain bising. Dikenali dengan khusyu'nya ketika manusia lain sombong dan takabbur" Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud.

Jadi apalagi yang kita mahu,hmm tepuk dada tanyalah selera kita!Oklah panjang pulak, tadi kata tak pandai membebel =).

Saturday, July 24, 2010

Fasa baru yang dah basi =)

Assalamualaikum...

Ogos 2009 bertemu Julai 2010...
Dulu di Egypt kini di Malaysia
Ketika itu menadah ilmu kini mencurah ilmu
Alhamdulillahi wasyukrulillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal atas semua ni'mat yang Allah berikan. Teringat-ingat ardhil kinanah. Bumi gersang tempat ku memulakan kehidupan baru, my better half(berkahwin). Sarat dengan ujian dan tarbiyyah.Terkenang-kenang penghuninya, tulus ikhlas menuntut ilmu. Adik-adik dan sahabat-sahabat, sentiasa didoakan dalam tadahan doa.

Aku cuba untuk menulis sekadarnya, buat kenangan di hari tua, kononnya. Entah sempat tua @ tidak... =). Mengambil pengajaran dari gambar-gambar kami yang telah hilang tiba-tiba dari laptop...sungguh luka hati kami. Gambar-gambar kawin, gambar honeymoon,hehe, gambar Huzaifah & Usamah masa dolu2, sedih dan kejam sungguh. So, marilah kita sumbatkan memori kita bersama di dalam blog ini, in sya allah. Tak kisah ade readers atau tak. hehe

Kronologi sepanjang setahun ni, Ogos 2009-Julai 2010 :

November 2009
Kami pulang ke Malaysia. Sehari di Simpang Renggam. Esok balik Kota Tinggi berhari raya. Suasana terasa amat lain, ayah sudah dalam dakapan ilahi.

Januari 2010
Start kerja sebagai mu'allim di Maahad Tahfiz Al Quran Shah Alam. Fasa pencarian rumah. Seminggu yang duka. Anak-anak di rumah pakcik ku,ibu&we berulang dari Ampang ke Shah Alam. Bila down, teringat kalam suamiku " fasobrun jamil" =). Rumah sementara di Pangsapuri Komuter Raya.

Februari 2010
Pindah ke Subang Perdana.Alhamdulillah, join PAS Subang untuk kesinambungan tarbiyyah. Wajib bagi kami! Anak-anak masih dijaga kholah Aya, sepupuku merangkap babysitter.

Mac 2010

17 Mac 2010
Genap Usamah 2 tahun. Masa ni di rumah grandma&tokwe di Simpang Renggam. Nina, Kholah, ammu datang dari Kota Tinggi ke Simpang bawak kek yang comel celebrate besday Usamah. Usamah tak tau apa pun. Ibu+we doakan Usamah sentiasa dalam rahmat ilahi, berakhlak mulia,dan contohilah sikap mulia dan berani Usamah bin zaid sahabat Rasulullah, yang mana dia adalah panglima perang termuda yang paling dikasihi nabi.Niat ibu&we menamakan Usamah supaya Usamah mencontohi peribadi mulia Usamah bin Zaid.

30 Mac 2010 =)

Selamat Mengingati Hari Kelahiran, dear.
Kami hanya beli cake blueberry & laksa on this fine day. Mudahan-mudahan we terus thabat dalam dakwah ilallah.Success selalu dan ceria selalu.Dapat habiskan belajar hingga peringkat tertinggi, ameen.How much we love you no matter what you do or will do. Only Rabb knows. We'll proud, bersyukur that Allah has given seorang suami yang banyak membantu. Do take care and moga-moga Allah taala limpahkan rahmah dan mawaddahNya untuk kita sekeluarga. InsyaAllah you'll be blessed."

April 2010

Daftarkan anak-anak ke Al Hijrah. Huzaifah ke taski, Usamah ke nursery. Alhamdulillah tak risau dah kalau nak ke sekolah. Hmmm, tapi PASTI Little Mu'min juga menggamit hati ini, alangkah sedihnya tak dapat hantar anak-anak ke PASTI. Mudah-mudahan suatu hari nanti Allah bagi nusrahNya.

Mei 2010

Warga MTQSA exam. Tiada pengalaman mengajar, apalagi buat soalan. Nasib abu huzaifah rajin buat research. Alhamdulillah pengalaman amat berharga. Letih penat kita tolak tepi dulu,=)

19 Mei 2010
Genap 2 tahun ayah meninggalkan kami.Alfatihah. Semoga ayah tenang di dalam dakapan rabbnya.

Jun 2010

Bercuti ke Kedah dan Kelantan. Ke Kedah hantar Siti&Arsyad ke Insaniah. Paling best jumpa keluarga angkat kami, kakna sekeluarga&anak2!!! Alhamdulillah. Berjalan ke sekitar Kuala Kedah dan Air Hitam.

Ke Kelantan pula untuk bersama-sama dalam muktamar PAS. Kebetulan abu huzaifah perwakilan muktamar pemuda, so wajib pergi. Stay rumah tok mok. Ada gathering lepasan timur tengah, Jumpa ramaiii sangat sahabat-sahabat lama. Subhanallah.

Julai 2010

3 Julai 2010
Sukan sekolah Huzaifah. Pengalaman pertama ibu&we, rasa teruja sangat, sampai boleh turun air mata masa budak2 bernasyid masa perasmian. Huzaifah dah besarrr.Alhamdulillah. Allah bagi yang terbaik. Barokallah anakku, dapat no 1 dalam acara umpul bola masuk bakul. Tapi... PASTI Little Mu'min tetap jadi impian. Mudah-mudahan Allah bagi nusrahNya.

11 Julai 2010
Ke Kelantan sekali lagi atas urusan rasmi sekolah. oh, cerita paling best abad ini, jumpa sahabat2 lama ku semasa di DQ dulu.Amily, Masipah, kak Suriani, kak Zainab, juga tak lupa kak ti. Terima kasih pah tumpangkan rumah untuk sesi jumpa-jumpaan. Amat sedih & terharu, bayangkan dah dalam 3-4 tahun tak jumpa. Sahabat2 ku semuanya mengajar di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

17 Julai 2010
Hari kelahiran putera sulungku. Dah teruna anakku, Huzaifah. Ibu&we tak ade celebrate apa2 pun. Tak nak ajar anak2 sangat celebrate2 ni, kalau ada,adalah. Kalau tak ada, tak adalah, so mudah-mudahan diorang tak selalu demand. Tapi we belikan hadiah sempena birthday dia, set parking car, dah lama aim tu,hehe. Ibu&we doakan mudah2an Huzaifah membesar dalam pantauan ilahi dan dipermudahkan kehidupanmu, sayang.Contohilah akhlak dan peribadi sahabat nabi Huzaifah Al Yamani.We love you,we praying very hard untuk Huzaifah dari kecik hingga besar. Baby pra matang ku kini sudah besar, Alhamdulillah, syukrulillah.

24 Julai 2010
Hari kelahiran nina Huzaifah@ibuku. Selamat mengenang hari kelahiran buat ibuku tercinta. Mudah2an Allah taala gandakan kesabaran, diberikan kegembiraan, diberkati kehidupan dalam rahmah dan mawaddahNya.Tadi ibu mesej mintak balik kota makan rambutan, sedih pulak, dah lama sangat tak balik kota. In sya Allah, abuhuzaifah dah janji aidilfitri nanti dirayakan di Kota. Alhamdulillah, syukran dear.

That's all. Mudah2an Allah taala sertakan nusrahNya untuk esok2 hari, ameen.