Thursday, July 29, 2010

Rotan

Maaf anak-anak yang sebenarnya ustazah tak pernah pun merotan orang. Nak merotan apanya, nak membebel pun tak pandai...he he. Tapi baru-baru ini ustazah ugut kamu dengan rotan. Bukan kerana ustazah saje-saje je nak merotan kamu,ataupun nak tunjuk lagak yang ustazah ni ustazah, jadi boleh buat sesuatu yang menunjukkan ustazah ni ada kuasa.Tapi ustazah rotan kamu sebab USTAZAH SAYANG KAMU. Ustazah rotan sebab prestasi kamu dah MEROSOT. Jadi kali ni sape yang tak dapat tasmi' seminggu paling minima 4 mukasurat, tadah tangan kiri ye...

Kamu generasi pintar, wajib ambil teladan akhlak Rasulullah. Rasulullah seorang yang pintar, bijak membahagi masa, berstrategi, menjadi rujukan sahabat. Kita perlu berakhlak sebegitu juga supaya menjadi ummat Rasulullah yang terang-terang mengikut sunnahnya.Asas yang mudah, semua orang pun faham..kan!

So, untuk mendapatkan 5 m/S @ paling minima 4 m/s untuk tasmi' seminggu rasanya tak membebankan. Resepinya senang saja, kena gigih berusaha. Asal ada masa kosong tu sentiasalah tengok al quran, ulang-ulang ayat yang susah, tengok maknanya, hayati tafsirannya. Jangan pulak bila masa kosong je, mulalah sorang-sorang ralit ngan novel-novel bacaan ringan. Asyiiik sangat dengan novel apa tu? Cinta Canberra? =) dan macam-macam novel lagilah. Bukan ustazah tak bagi baca, tapi kena tengok kesesuaian lah, takkan masa quran pun nak baca novel-novel ni kan...

Bagi yang susah untuk menghafaz ayat-ayat Allah ni pulak, banyak kali ustazah syorkan kamu buat tindakan-tindakan ni. Antaranya; baca satu muka surat penuh tu dengan tartil, lihat maknanya, hayati tafsirannya, kemudian ulang baca ayat-ayat tu sebanyak 20 kali dengan melihat al quran, supaya al quran tu lekat di mulut kita, kemudian senanglah untuk menghafaznya. Kemudian tasmi' lah dengan tartil dan bertajwid. Memanglah susah sikit, eh tapi ada ganjarannya tau. Cuba tengok ni...

Daripada Aisyah Radialluanh, beliau berkata Rasulullah S.A.W tlh bersabda :
"Orang yang membaca al quran sedangkan dia seorang yang mahir, maka dia akan bersama malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yang membaca al quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran"

Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

(Riwayat Tirmidzi dan katanya: Hadith Hasan)

Jadi sama-samalah kita menjadikan ayat-ayat tadi motivasi. Ustazah teringat zaman ustazah di Darul Quran dulu. Ustazah ni pun jenis susahnya ya Allah untuk ingat Quran ni. Ustazah tasmi' ustazah, adalah garang dan tegas. Setiap kali nak tasmi' mesti menggigil takut. Jadi ustazah dulu untuk mendapatkan satu mukasurat adalah amat susah.Balik kuliah terus ke surau untuk lancarkan bacaan.Bila petang selalunya ustazah skip makan. Malam pulak orang lain dah siap dapat hafaz satu maqra', ustazah baru terkial-kial menghafaz ayat pertama di satu mukasurat.Allah ! alangkah susahnya ketika itu, air mata terlalu biasa dengan kehidupan ketika itu. Pelik betul masa tu bila tengok banat lain tidur di petang hari.Dan sekarang indah untuk mengenangkannya.

Konklusinya, bila orang tidur, kita JANGAN tidur, bila orang makan,kita KURANGKAN makan, bila orang menyembang, kita JANGAN join! Tengok ni pesanan kepada hamlatul quran:

"Sepatutnya pembawa al-quran dikenali sebagai seorang yang menghidupkan malamnya ketika manusia lain sedang dibuai mimpi. Dikenali orang yang berpuasa di siang hari ketika orang lain tidak berpuasa. Dikenali sebagai oran yang sedih ketika orang lain bergembira. Dikenali dengan tangisannya ketika orang lain ketawa. Dikenali dengan diamnya ketika orang lain bising. Dikenali dengan khusyu'nya ketika manusia lain sombong dan takabbur" Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud.

Jadi apalagi yang kita mahu,hmm tepuk dada tanyalah selera kita!Oklah panjang pulak, tadi kata tak pandai membebel =).

No comments:

Post a Comment