Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya kerana dapat menulis kembali.Tak sangka blog picisan saya ni ada jugak yang follow, terima kasih banyak atas sokongan.Sebelum tu, maaf banyak-banyak sebab saya tak menjanjikan update yang istiqomah.Seorang adik(sahabat)di UIA secara bergurau mengatakan saya berdosa kerana menyebabkan tetamu datang ke blog ini tertunggu-tunggu update terbaru.Dia mengumpamakan seperti tetamu yang datang ke rumah seseorang tetapi tidak disambut kedatangannya kerana tuan rumah tiada.Hehe, afwan adikku,akak tidak meletakkan blog ini sebagai keutamaan tetapi sekadar persinggahan,selalu hampir tiada masa untuknya.

10 awal Zulhijjah

Walaupun hari ini sudah menjangkau 5 Zulhijjah, tetapi tidak terlambat lagi untuk kita beribadah di bulan yang mulia ini.Sedikit perkongsian artikel kelebihan sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah.Antara dalil kelebihan hari-hari di dalam bulan zulhijjah ini :

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

AMALAN YANG DIANJURKAN :

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.Hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Tidak terlambat lagi untuk kita memulakan segala ibadah yang dijanjikan pahala ini.Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan.

Huzaifah

Anak teruna saya seorang ini,banyak ceritanya.Tapi cerita yang paling hot setakat ni, ibu we bersepakat mengatakan yang Huzaifah telah diBULI di sekolah =). Mula-mula tak perasan sangat, tapi bila hari-hari balik sekolah cerita kisah yang sedih-sedih je, oh rupa-rupanya kamu dibuli ye nak...hehe. Kesian dia, cuma tak de la saya terus jumpa budak bernama Nazmi yang bertuah tu, cukup saya pesan setiap kali sebelum ke sekolah supaya jangan takut,mesti berani dan minta dia cakap ke Nazmi kalau gaduh dengan pah nanti Allah marah.Alhamdulillah setakat ni nampak macam berjaya.Sekarang macam dah jadi bestfriend pulak.Hmmm budak-budak punya style kadang-kadang kita tak faham =).


Abang pah yang manja,sbb tu sll kena buli



Di bawah ada beberapa gambar istimewa yang dekat di hati. Sengaja lekatkan di sini agar selalu dilihat dan dikenang.Gambar tak mengikut susunan, susunan yang betul dari bawah ke atas.Setakat ini dahulu untuk kali ini.Akhiran minta maaf dan terima kasih pada semua.


Kedatangan Us Hafez dan Uyun ke teratak kami,jejak kasih!



Ziarah Aisyah sekeluarga di Dungun,Terengganu



Ijtima' Tarbawi, Rusila =) =)



teristimewa bersama Us Zamri di Sijangkang =)



p/s:Sebelum terlupa, barokallu'alayki untuk adikku Humaira,kerana berjaya menggondol 5A dalam UPSR, tak pelah walaupun melayang 1/10 duit gaji kaklong,tapi kaklong bangga,hehe.Alhamdulillah.