Wednesday, June 19, 2013

Cerita Abang Pah 1



A.Pah : Ibu, tadi kan Aisyah, ammu (pakcik) dia yang ambik dari sekolah, baru pah nak tumpang dia, dah ammu dia yang ambik, tak jadilah.Kenapa ummi dia dah tak ambik dia?

Ibu : Ye lah ummi dia kan sakit, mana boleh ambik dia.

A.Pah : Ibu , ummi dia sakit ape? Sakit beranak eh?

Ibu : Iye lah orang baru lepas bersalin mana boleh bawak kereta.

A.Pah : Tengok tu Aisyah, dia asik dapat adik je, dah ramai dah adik dia, Pah nak jugak adik, ibu, macamana dia dapat adik? Dia mintak dengan Allah eh?

Ibu : A ah ye lah kot....

A.Pah : Kalau gitu pah nak mintak ngan Allah jugaklah, nnt baru dapat adik, ibu ingat tak yang masa pah doa biar tak hujan masa kita nk pegi air terjun tu, lepas pah doa je, terus tak hujan. Kalau gitu pah nak doalah kejap lagi.

Ibu : Eh, tak payah lah lagi, hmmmm sebabnye doa nak adik kena dalan bahasa arab, nanti2 ibu ajar.

A.Pah : Iyelah, nanti ibu ajar tau.

huhuhuhu

Thursday, August 9, 2012

Syahr Ramadhan 1433

شــــيء غريب ؟

كيف أننا نرى المئة ريال كثيرة عندما نأخذها إلى المسجد
وصغيرة جداً عندما نأخذها إلى السوق

شــــيء غريب ؟

كيف تبدو طويلة قضاء ساعتين في المسجد
ولكن كم هي قصيرة عند مشاهدة فيلم سينمائي ؟ !!

شــــيء غريب ؟

كيف أننا نرى ساعة في طاعة الله طويلـــــة
ولكن ما أسرع التسعين دقيقة في مباراة كرة قدم!!
أو ثلاث ساعات على النت أو التلفزيون!!

شــــيء غريب ؟

كيف أنه من المجهد قراءة جزء من القرآن الكريم
وكيف أنه من السهل قراءة رواية مختارة من 200 إلى 300 صفحة؟

شــــيء غريب ؟

كيف أننا نتقبل ونصدق ما تقوله الجرائد
ولكن نتساءل عن ما يقوله القرآن الكريم ؟ !!

شــــيء غريب ؟

كيف أننا نتقبل ونتبع أحدث أساليب الحياة
ولكننا ندير ظهورنا لسنة نبينا محمد عليه الصلاة والسلام !

شــــيء غريب ؟

أننا لا نستطيع التفكير في قول أي شئ عند الدعاء
ولكننا لا نواجه صعوبة في التفكير في قول أي شئ عند التحدث إلى صديق ؟

شــــيء غريب ؟

رغبة الناس في الحصول على المقعد الأمامي في أية لعبة أوحفلة
ولكنهم يتزاحمون للجلوس في مؤخرة المسجد ؟!!

شــــيء غريب و الله ؟

كيف أننا نحتاج إلى مدة طويلة ونواجه صعوبة في حفظ آية أو آيتين من القرآن الكريم
ولكن في مدة قصيرة وبسهولة نحفظ الأغاني ؟!!


اليوم عمل بلا حساب
وغدا حساب بلا عمل
فأغتنم يوم عملك ليوم حسابك

Tuesday, July 10, 2012

KERJA RUMAH MINGGU INI

Assalamualaikum... Kyfahalukunna jami'an anak-anak yang dikasihi...? 

Mudah-mudahan semuanya sihat di bawah lembayung keredhaanNya. 

 ok, seperti yang dijanjikan, ustazah ada selit sedikit nota untuk review balik perbincangan kita.

Homework akan menyusul sebantar lagi...sabar ye =)


 Hukum Nun Sakinah & Tanwin terbahagi kepada empat bahagian:

1) Izhar 
2) Iqlab 
3) Idgham 
4) Ikhfa’


1) IZHAR 

“Melafazkan setiap huruf bertanda sukun dari makhrajnya tanpa dengung pada pertemuannya dengan huruf Izhar”  


IQLAB 

 “Menukar lafaz nun sakinah dan tanwin kepada lafaz mim lalu diikhfa’kan (disembunyikan) di sisi huruf ba’ serta mengekalkan sifat dengungnya”


IDGHAM 

 “Memasukkan huruf pertama yang bertanda sukun ke dalam huruf kedua yang berbaris dan menjadikan kedua-duanya satu huruf bersabdu dari jenis huruf yang ke dua” 


Perhatian: Izhar Mutlaq

1) Sekiranya huruf Nun Sakinah bertemu huruf Idgham dalam satu kalimah, maka bacaannya wajib diizharkan, bacaan Izhar ini dinamakan Izhar Mutlaq. Di dalam Al-Quran terdapat empat kalimah sahaja:

 2) Bacaan Izhar Mutlaq ini juga akan berlaku apabila Nun Sakinah bertemu dengan huruf Idgham dalam dua kalimah. Ini hanya terdapat pada dua tempat sahaja di dalam Al-Quran.


IKHFA'

 “Membaca huruf (bertanda sukun) dengan sifat bacaan antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung huruf pertama”


Perhatian

1) Hendaklah bacaan Ikhfa’ dikeluarkan daripada makhraj huruf yang datang selepas Nun Sakinah & Tanwin

2) Bacaan Ikhfa’ hendaklah ditebalkan (Takhfim) apabila Nun Sakinah & Tanwin bertemu huruf Isti’la yang berbaris di atas atau hadapan. Apabila Nun Sakinah & Tanwin bertemu huruf Isti’la yang berbaris di bawah maka bacaan Ikhfa’ hendaklah dinipiskan (Tarqiq)

Soalan ustazah akan post sebentar saje lagi...tunggu ye...


Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya kerana dapat menulis kembali.Tak sangka blog picisan saya ni ada jugak yang follow, terima kasih banyak atas sokongan.Sebelum tu, maaf banyak-banyak sebab saya tak menjanjikan update yang istiqomah.Seorang adik(sahabat)di UIA secara bergurau mengatakan saya berdosa kerana menyebabkan tetamu datang ke blog ini tertunggu-tunggu update terbaru.Dia mengumpamakan seperti tetamu yang datang ke rumah seseorang tetapi tidak disambut kedatangannya kerana tuan rumah tiada.Hehe, afwan adikku,akak tidak meletakkan blog ini sebagai keutamaan tetapi sekadar persinggahan,selalu hampir tiada masa untuknya.

10 awal Zulhijjah

Walaupun hari ini sudah menjangkau 5 Zulhijjah, tetapi tidak terlambat lagi untuk kita beribadah di bulan yang mulia ini.Sedikit perkongsian artikel kelebihan sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah.Antara dalil kelebihan hari-hari di dalam bulan zulhijjah ini :

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

AMALAN YANG DIANJURKAN :

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.Hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Tidak terlambat lagi untuk kita memulakan segala ibadah yang dijanjikan pahala ini.Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan.

Huzaifah

Anak teruna saya seorang ini,banyak ceritanya.Tapi cerita yang paling hot setakat ni, ibu we bersepakat mengatakan yang Huzaifah telah diBULI di sekolah =). Mula-mula tak perasan sangat, tapi bila hari-hari balik sekolah cerita kisah yang sedih-sedih je, oh rupa-rupanya kamu dibuli ye nak...hehe. Kesian dia, cuma tak de la saya terus jumpa budak bernama Nazmi yang bertuah tu, cukup saya pesan setiap kali sebelum ke sekolah supaya jangan takut,mesti berani dan minta dia cakap ke Nazmi kalau gaduh dengan pah nanti Allah marah.Alhamdulillah setakat ni nampak macam berjaya.Sekarang macam dah jadi bestfriend pulak.Hmmm budak-budak punya style kadang-kadang kita tak faham =).


Abang pah yang manja,sbb tu sll kena buli



Di bawah ada beberapa gambar istimewa yang dekat di hati. Sengaja lekatkan di sini agar selalu dilihat dan dikenang.Gambar tak mengikut susunan, susunan yang betul dari bawah ke atas.Setakat ini dahulu untuk kali ini.Akhiran minta maaf dan terima kasih pada semua.


Kedatangan Us Hafez dan Uyun ke teratak kami,jejak kasih!



Ziarah Aisyah sekeluarga di Dungun,Terengganu



Ijtima' Tarbawi, Rusila =) =)



teristimewa bersama Us Zamri di Sijangkang =)



p/s:Sebelum terlupa, barokallu'alayki untuk adikku Humaira,kerana berjaya menggondol 5A dalam UPSR, tak pelah walaupun melayang 1/10 duit gaji kaklong,tapi kaklong bangga,hehe.Alhamdulillah.

Wednesday, September 29, 2010



بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير

Selamat Pengantin Baru buat adikku. Semoga kehidupan yang baru dibina sentiasa di bawah pantauan Nya dan moga sentiasa dianugerahkan mawaddah wa rahmahNya.

Hari ini lepas asar bertolak ke Terengganu bagi menghadiri Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Pusat peringkat kebangsaan. Mudah-mudahan Allah mudahkan perjalanan.Ameen.

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan yang tiada ruh

Hari ini 23 Ramadhan. Sudah berlalu 2/3 ramadhan.Kalaulah dibuat analogi nya, kita hampir-hampir ke garisan akhir yang akan menentukan menang atau kalah.Sudah semestinya kita sudah berangan-angan untuk menang, sambil memeluk erat piala kemenangan.Tertarik dengan artikel dari Us Hasrizal, tentang analoginya akhir ramadhan dengan masa kedua bola sepak.Amat menarik sekali.

5 hari lalu, apa yang berlaku kepada saya adalah mengecewakan.Tak tahu kenapa tahun ni amat malas dan tidak teruja untuk menikmati saat-saat Ramadhan. Malas yang amat-amat, tiada tolok bandingnya. Berbanding suamiku yang bersemangat, menikmati saat-saat ramadhan dengan perasaan rindu, maluuu amat diri ini. Terasa kerdil diri di sisi Allah taala.

Mulalah berfikir yang merapu. Kenapa ya jadi macamni? Letih sebab anak-anak ke? Kerja kat sekolah banyak ke? Cuaca panas sangat? Hehe, semua nya nak menyalahkan benda lain. Tak ingat-ingat nak muhasabah diri, benda lain yang disalahkan.

Sedang enak-enak meletakkan kesalahan pada makhluk-makhluk lain, tiba-tiba terlintas di benak saya lagu Bangau oh bangau. Ini adalah perkongsian yang menarik ketika saya menyertai program SPIES belia di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu. Part ini adalah sebahagian cara bagaimana kita nak jadi seorang yang pro aktif.

Fasi meminta salah seorang menyanyikan lagu bangau oh bangau. Maka berdendanglah kami dengan penuh semangat tanpa menghiraukan suara-suara yang buruk tune nya =)
Jom, 1,2 go...

Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul
ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x
kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x
perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x
nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x
kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

Alhamdulillah, selesai kami melagukan lagu ini fasi menerangkan, selain dari ular kesemua makhluk-makhluk lain adalah tidak bertanggungjawab, suka menyalahkan orang lain. Kurus dikatakan ikan tak mahu timbul, ikan dikatanya rumput panjang sangat dan pelbagai lagi contoh yang enak-enak menyalahkan orang lain. Mujur ada si ular yang mahu bertanggungjawab atas tindakannya. Begitulah sebenarnya orang mu'min, harus menyalahkan diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. So kesimpulannya, dengan rela hati saya mengakui dan mengatakan pada diri saya ,"semua berpunca dari saya sendiri. Saya yang malas tak mau cari ubat kepada rasa malas dan info kelebihan ramadhan...huhu"

Hari ini, alhamdulillah saya sudah boleh senyum separa lebar. Allah izinkan jua mengecapi betapa ni'matnya berada di celahan saat-saat si ramadhan. Berkat, menyanyikan lagu bangau dan oleh sebab malu teramat pada suamiku, dan semestinya dengan izin yang maha Esa, saya gagahkan semua kudrat. Mengharungi malam-malam terakhir bulan ramadhan dengan penuh dedikasi. Terima kasih Allah taala. Baik benar Allah terhadap saya. Ramadhan bakal pergi, tidak banyak, sedikit saja lagi. Jom, sama-sama memeriahkan malamnya. Kita kaut segala pahala-pahala yang di ganjarkan. Untung-untung bertemu si laila al qadr, pahala amalannya menyamai 1000 bulan. Wahhh, berbaloi-baloi.

RAMADHAN KAREEM.KULLU 'AAM WA ANTUM ILALLAHI AQRAB WA 'ALA TO'ATIHI ADWAM WA 'AN MA'SIATIHI AB'AD...

Thursday, August 26, 2010

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

Sedikit perkongsian menarik ketika membaca harakahdaily semalam.

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my