Monday, March 30, 2009

Hari Ini Bertambah Usia...



Hari ini hari ulangtahun kelahiran suami saya yang ke 26. Alhamdulillah Allah panjangkan umur abu huzaifah hingga ke saat ini. Tidak ada yang istimewa, cuma sempat juga saya menyediakan sebiji kek coklat yang biasa-biasa aje dan mihun egypt goreng spesel. Maaf ye abu huzaifah masa birthday saya, dia belikan kek mahal2, tapi masa ulang tahun kelahiran dia cuma ade kek biasa2 je...hi hi. Tak pe yang penting ulangtahun ni disambut bukan untuk bergembira. Cuma hari ini khas untuk mengingati jasa ayah bonda yang mendidiknya, diselangi dengan tazkirah ringkas. Bukanlah bermaksud hari ni je ingat, esok tak ingat, sekurang-kurangnya hari ini menjadi hari peringatan sesungguhnya usia bertambah dan setakat mana tanggungjawab telah dilaksanakan.

Teringat saya mesej seorang kawan nun jauh di Malaysia yang cukup menginsafkan... hari lahir bukan untuk diraikan, tapi tanda hampir dengan hari yang dijanjikan, tanda peringatan dari tuhan, usia semakin berkurang,kembali ke pangkal jalan. ma 'indakum yanfad wa ma 'indallahi baaq...terima kasih sahabat untuk peringatan berharga ini.


Untuk abu huzaifah, selamat menyambut hari kelahiran, ingatlah semakin meningkat umur, semakin dekat dengan kematian. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan selama ni. Berkenalan dengan abu huzaifah ni buatkan saya rasa memang rendah diri dalam bab ilmu, rasa kerdil sangat. Mudah-mudahan abu huzaifah dikurniakan umur yang diberkati Allah taala, thabat dalam kerja islam, sihat selalu, success dalam belajar, jadi we yang baik untuk anak-anak. Mudah-mudahan Allah taala capaikan cita-cita untuk jadi 'alim rabbani, biiznillah. ok, uhibbuka fillah... =)

Sunday, March 22, 2009

Salam Ulang Tahun Pertama Kelahiran


Alhamdulillah pada 9 Rabiul awwal 1430, tarikh kelahiran Rasulullah, genaplah usia Usamah setahun. Kami semua mendoakan semoga Usamah selalu di bawah lembayung rahmat ilahi dan selalu dalam pantauan Allah taala. Alangkah besarnya rahmat Allah taala memberikan kami amanah yang satu ini. Teringat lagi ketika saat melahirkan Usamah setahun yang lalu. Cepat betul masa berlalu. Usamah lahir diluar jangkaan seminggu awal dari due. Hari itu sangat-sangat sibuk berkebetulan kami sekeluarga menerima kedatangan tetamu yang ramai dari Alex. Sepatutnya saya yang melayan mereka, terbalik mereka pulak yang kecohkan saya.hi hi

Alhamdulillah, ibu bangga dengan Usamah. Tumbesaran Usamah cepat, tumbuh gigi dan meniarap dalam umur 3-4 bulan, merangkak dan terus memanjat dalam umur 7 bulan, agak cepat berbanding abang pah dulu, tapi Usamah ni budak slim. Jangan tak tau kawan-kawan yang umur 8 bulan lebih besar dari Usamah, hu hu nak buat camane, makan banyak dah, tapi main lagi banyak.



So, dikesempatan ini ibu & we nak ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran buat Usamah. Contohilah sifat tangkas, soleh, berani dan berkepimpinan sahabat Rasulullah, Usamah Bin Zaid.
Mudah-mudahan juga Usamah jadi anak yang taatkan Allah, Rasulullah dan ibuayah. Alhamdulillah kecil-kecil lagi Allah dah izinkan Usamah bertemu mata dan didoakan ramai ulama'-ulama' Tanta dan yang paling manis bertemu dan didoakan Tok Guru Abdul Hadi awang.





Terima kasih juga untuk mak ngah yang belikan kek besday Usamah pada 9 Rabiulawwal baru-baru ni dan achik Salwa yang buat kek untuk Usamah pada 17.3 baru-baru ni. Mudah-mudahan Allah taala membalasnya, jazakillah khairan jaza'...doakn Usamah jadi anak soleh ye...