Alhamdulillah, ibu bangga dengan Usamah. Tumbesaran Usamah cepat, tumbuh gigi dan meniarap dalam umur 3-4 bulan, merangkak dan terus memanjat dalam umur 7 bulan, agak cepat berbanding abang pah dulu, tapi Usamah ni budak slim. Jangan tak tau kawan-kawan yang umur 8 bulan lebih besar dari Usamah, hu hu nak buat camane, makan banyak dah, tapi main lagi banyak.
So, dikesempatan ini ibu & we nak ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran buat Usamah. Contohilah sifat tangkas, soleh, berani dan berkepimpinan sahabat Rasulullah, Usamah Bin Zaid. Mudah-mudahan juga Usamah jadi anak yang taatkan Allah, Rasulullah dan ibuayah. Alhamdulillah kecil-kecil lagi Allah dah izinkan Usamah bertemu mata dan didoakan ramai ulama'-ulama' Tanta dan yang paling manis bertemu dan didoakan Tok Guru Abdul Hadi awang.
Terima kasih juga untuk mak ngah yang belikan kek besday Usamah pada 9 Rabiulawwal baru-baru ni dan achik Salwa yang buat kek untuk Usamah pada 17.3 baru-baru ni. Mudah-mudahan Allah taala membalasnya, jazakillah khairan jaza'...doakn Usamah jadi anak soleh ye...
No comments:
Post a Comment