Monday, March 30, 2009

Hari Ini Bertambah Usia...



Hari ini hari ulangtahun kelahiran suami saya yang ke 26. Alhamdulillah Allah panjangkan umur abu huzaifah hingga ke saat ini. Tidak ada yang istimewa, cuma sempat juga saya menyediakan sebiji kek coklat yang biasa-biasa aje dan mihun egypt goreng spesel. Maaf ye abu huzaifah masa birthday saya, dia belikan kek mahal2, tapi masa ulang tahun kelahiran dia cuma ade kek biasa2 je...hi hi. Tak pe yang penting ulangtahun ni disambut bukan untuk bergembira. Cuma hari ini khas untuk mengingati jasa ayah bonda yang mendidiknya, diselangi dengan tazkirah ringkas. Bukanlah bermaksud hari ni je ingat, esok tak ingat, sekurang-kurangnya hari ini menjadi hari peringatan sesungguhnya usia bertambah dan setakat mana tanggungjawab telah dilaksanakan.

Teringat saya mesej seorang kawan nun jauh di Malaysia yang cukup menginsafkan... hari lahir bukan untuk diraikan, tapi tanda hampir dengan hari yang dijanjikan, tanda peringatan dari tuhan, usia semakin berkurang,kembali ke pangkal jalan. ma 'indakum yanfad wa ma 'indallahi baaq...terima kasih sahabat untuk peringatan berharga ini.


Untuk abu huzaifah, selamat menyambut hari kelahiran, ingatlah semakin meningkat umur, semakin dekat dengan kematian. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan selama ni. Berkenalan dengan abu huzaifah ni buatkan saya rasa memang rendah diri dalam bab ilmu, rasa kerdil sangat. Mudah-mudahan abu huzaifah dikurniakan umur yang diberkati Allah taala, thabat dalam kerja islam, sihat selalu, success dalam belajar, jadi we yang baik untuk anak-anak. Mudah-mudahan Allah taala capaikan cita-cita untuk jadi 'alim rabbani, biiznillah. ok, uhibbuka fillah... =)

No comments:

Post a Comment